137,000 penduduk Gaza berlindung di sekolah UNRWA

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA CITY: Lebih 137,000 penduduk di Gaza berlindung di 83 sekolah kendalian Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

-Advertisement-

Agensi Anadolu melaporkan UNRWA dalam satu kenyataan semalam berkata jumlah itu meningkat berikutan serangan udara Israel yang berterusan.

Menurut agensi berkenaan, setengah juta orang berhenti menerima bantuan makanan penting kerana agensi itu terpaksa menutup semua 14 pusat pengedaran makanan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata serangan udara Israel menyasarkan empat ambulans di timur bandar Khan Yunis.

Sementara itu, pesawat pejuang Israel terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza.

Kumpulan Hamas Palestin melancarkan ‘Operation Al-Aqsa Flood’ terhadap Israel pada awal Sabtu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Ia berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan peningkatan keganasan peneroka terhadap penduduk Palestin.

-Advertisement-

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Gaza telah meningkat kepada 704, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada awal hari ini.

Ia berkata jumlah yang cedera telah meningkat kepada sekitar 4,000.

Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 lagi cedera dalam pertempuran itu, menurut Kementerian Kesihatan Israel.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373