Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANBUL: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh oleh tentera Israel di Gaza meningkat kepada 704 orang, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza awal hari ini.

-Advertisement-

Kementerian berkata jumlah kematian termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada sekitar 4,000.

Agensi Anadolu melaporkan pesawat perang Israel terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza.

Kumpulan Hamas Palestin melancarkan ‘Operation Al-Aqsa Flood’ terhadap Israel pada awal Sabtu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Ia berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan peningkatan keganasan peneroka terhadap penduduk Palestin.

-Advertisement-

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 lagi cedera dalam pertempuran itu, menurut Kementerian Kesihatan Israel.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373