18 stesen minyak di Johor kekurangan bekalan diesel

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Sebanyak 18 stesen minyak di beberapa daerah negeri ini dikenal pasti terkesan dengan masalah kekurangan bekalan diesel sejak semalam.

-Advertisement-

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata ia membabitkan 11 stesen minyak di Batu Pahat, Johor Bahru (empat), Kota Tinggi (dua) dan Segamat (satu).

Bagaimanapun, beliau berkata, proses menambah bekalan bahan api itu sedang giat dilakukan pihak syarikat petrol yang bertanggungjawab, dengan pemantauan oleh pihaknya.

“Hanya sebilangan kecil stesen minyak didapati mengalami kekurangan stok diesel, namun bekalan itu ditambah bermula semalam hingga hari ini.

“Kebanyakan stesen minyak yang lain tidak menghadapi kekurangan bekalan diesel dan tiada masalah untuk menampung permintaan terhadap bahan api itu.

“Setakat ini, KPDN Johor tiada menerima aduan pengguna mengenai kesukaran mendapatkan bekalan diesel,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

-Advertisement-

Lilis Saslinda berkata, pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan, termasuk memastikan penghantaran bekalan diesel oleh syarikat petrol ke stesen minyak terbabit berjalan lancar.

Kelmarin, media melaporkan beberapa stesen minyak di seluruh negara yang terputus bekalan minyak diesel, akan menerima bahan api itu dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam seterusnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, dipetik berkata isu itu sudah diselesaikan antara kementerian, Kementerian Kewangan dan syarikat terbabit.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373