2 kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat – KKM

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri Covid-19 yang mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara.

-Advertisement-

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

-Advertisement-

Kit Salixium Covid-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test)saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate® COVID-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA, menurut KKM.-METRO