3,381 kes baharu COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,381 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun sedikit berbanding 3,543 semalam.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,780,080.

Katanya Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 879 kes diikuti Kelantan 385 kes, Johor 299 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 271 kes.

“Sabah merekodkan 242 kes, Pahang (226 kes), Pulau Pinang (219 kes), dan Kedah sebanyak 216 kes.

-Advertisement-

“Negeri Sembilan mencatatkan 172 kes Perak (161 kes), Melaka (141 kes), Terengganu (94 kes), Putrajaya (30 kes), Sarawak 18 kes manakala Labuan dan Perlis masing-masing 14 kes,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279