4 maut, 1 parah kereta rempuh bas

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Empat remaja maut, manakala seorang parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebuah bas di Jalan Abu Bakar, Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini awal pagi tadi.

-Advertisement-

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Rafie Ahmad Sareng, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhuhung kejadian kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Katanya, sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira yang terbabas dan melanggar sebuah bas awam dari arah bertentangan.

-Advertisement-

“Terdapat seorang lelaki mengalami kecederaan parah dan empat lagi disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rafie berkata, seorang mangsa dari bas awam berkenaan selamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373