WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (21114) ORDER BY meta_id ASC

434,301 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

434,301 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka, setakat semalam.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi tempoh sama, 671,589 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890.

Menerusi satu infografik dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 93,829 diikuti Kuala Lumpur (73,266), Sarawak (67,427), Johor (63,295) dan Sabah (55,734).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor membabitkan 61,662, diikuti Perak (48,607), Sabah (42,972), Kuala Lumpur (37,962) dan Pahang (33,080).

-Advertisement-

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat semalam, adalah sebanyak 8,834,823 atau 36.40 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitkan 2,333,514 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta penerima terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit penyakit kronik dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.–BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC