59.03 Peratus Pengundi Keluar Mengundi Setakat 3 Petang

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN, Negeri Sembilan, 1 Ogos 2026 (The Capital Post) – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 mencecah 59.03 peratus setakat jam 3.00 petang hari ini, dengan 507,536 daripada 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurut kemas kini terkini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), kawasan N.28 Kota merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 65.5 peratus, diikuti N.16 Seri Menanti (64.6 peratus) dan N.01 Chennah(64.5 peratus).

Sementara itu, N.11 Lobak mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 51.3 peratus, diikuti N.23 Mambau(52.8 peratus) dan N.30 Lukut (52.9 peratus).

-Advertisement-

Peratusan keluar mengundi setakat jam 3.00 petang hari ini turut mengatasi rekod 56.05 peratus yang dicatatkan pada waktu sama semasa PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-15 pada tahun 2023.

Proses pengundian masih berlangsung di seluruh Negeri Sembilan sehingga pusat-pusat mengundi ditutup mengikut waktu yang ditetapkan. – The Capital Post