PETALING JAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari bermula 24 Nov.
-Advertisement-
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan melaksanakan sebanyak 246 ujian saringan bersasar dan sebanyak 25 kes positif direkodkan di penjara ini.
-Advertisement-
“PKPD ini akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 orang penghuni,” katanya pada sidang media hari ini. -FMT