Yang di-Pertuan Agong berkenan lawat UPNM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.

-Advertisement-

Keberangkatan baginda disambut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal serta Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi UPNM.

Ini adalah lawatan kali pertama baginda yang juga Canselor UPNM ke universiti berkenaan.

Pada lawatan itu, baginda berkenan melawat Bangunan Canselori dan menandatangani buku pelawat serta bergambar bersama pengurusan universiti.

-Advertisement-

Yang di-Pertuan Agong kemudian berkenan menghadiri sesi taklimat selama hampir sejam yang disampaikan Abdul Halim mengenai universiti berkenaan.

Baginda seterusnya berangkat ke Pusat Maritim UPNM, di mana di situ, baginda dibawa melihat simulator kapal dan melawat pameran pencapaian pelajar universiti, termasuk produk penyelidikan akademik dan pelajar. Baginda juga berkenan beramah mesra dengan kakitangan dan pelajar UPNM. – Bharian