WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4225) ORDER BY meta_id ASC

PRK Kimanis: jentera parti Srikandi Bersatu siap sedia bantu calon Warisan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PRK Kimanis: jentera parti Srikandi Bersatu siap sedia bantu calon Warisan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KIMANIS- Jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersiap sedia membantu Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis awal tahun depan.

-Advertisement-

Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sayap Srikandi akan bergerak pada bila-bila masa untuk menghadapi PRK berkenaan.

“Kita sudah bermesyuarat bagi membincangkan persiapan jentera parti dan ia sudah sedia untuk digerakkan bagi membantu calon yang akan diletakkan mewakili kerajaan pada PRK ini,” katanya katanya pada sidang media selepas perjumpaan Srikandi Bahagian Kimanis, di Membakut, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Bersatu Kimanis, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, dan Ketua Srikandi Bersatu Sabah yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Penamaan calon PRK Kimanis dijadualkan pada 4 Januari depan, manakala hari pengundian pada 18 Januari dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

-Advertisement-

Warisan telah diberi mandat oleh Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk meletakkan calon pada PRK itu, namun setakat ini belum ada pengumuman nama calon, manakala di pihak pembangkang, UMNO Sabah sudah mengesahkan akan meletakkan calon pada PRK berkenaan.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata pihaknya akur dengan keputusan PH Sabah untuk memberi laluan kepada calon daripada Warisan untuk bertanding mewakili kerajaan pada PRK berkenaan.

“Walaupun kita juga mempunyai keinginan untuk Bersatu meletakkan calon, namun kita tetap menyokong calon parti lain yang diletakkan mewakili kerajaan untuk memenangi kerusi berkenaan,” katanya.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4222,4219,4216) ORDER BY meta_id ASC