WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4219) ORDER BY meta_id ASC

Tragedi konvoi: Lima sekeluarga maut, kereta langgar lori » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tragedi konvoi: Lima sekeluarga maut, kereta langgar lori

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA KUBU BHARU- Konvoi tiga kenderaan bertukar tragedi apabila sebuah daripada kenderaan itu merempuh lori di Km427.5 Lebuhraya PLUS di Bukit Beruntung dekat sini, awal pagi tadi, mengorbankan lima sekeluarga.

-Advertisement-

Kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi dan lori tiga tan dengan muatan buah kira-kira 4.30 pagi itu mengakibatkan Mohamad Rodzi Abdul Kadir, 52; Jamilah Jalim@Jamil, 47; Bashirah Jalim@Jamil, 49; Nur Intan Mohamad Rodzi, 18; dan Nur Shifa Abdul Rashid, 17, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Azman Ab Rahman berkata kenderaan dipandu Mohamad Rodzi dalam perjalanan ke Shah Alam dari Yan, Kedah dikatakan untuk menghadiri majlis kenduri akikah.

Beliau berkata sebelum kejadian, terdapat sebuah lori terbalik menyebabkan trafik bergerak perlahan di lorong paling kiri.

“Dua kereta yang berkonvoi bersama mereka telah melepasi kawasan lori terbalik kira-kira 3.5km dari lokasi kejadian manakala kereta mereka adalah kenderaan terakhir (dalam konvoi itu).

-Advertisement-

“Ekoran itu, kenderaan yang dinaiki mereka berada di lorong kiri telah melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sedang bergerak perlahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini.

Beliau berkata punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama difahamkan urusan pengebumian kelima-lima mangsa akan dilakukan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk membawa balik jenazah ke Yan, Kedah, untuk dikebumikan.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4216) ORDER BY meta_id ASC