Harga sawit meningkat bawah PH

Estimate Reading Time: < 1 minute

PONTIAN: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mempertahan kenyataan bahawa harga kelapa sawit meningkat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

-Advertisement-

Katanya, harga kelapa sawit kini mencecah RM350 satu tan dan kerajaan mengambil tindakan terbaik untuk membantu rakyat.

Beliau berkata, dalam keadaan kerajaan hari ini mewarisi kerajaan ‘bobrok’, banyak hutang dan pemimpin kleptokrasi, PH mampu melaksanakan usaha demi kesejahteraan rakyat.

“Calon PH (Karmaine Sardini) kata kita sepatutnya bersyukur sebab harga kelapa sawit bawah PH naik.

-Advertisement-

“Di sini kita kena bersyukur kerana masa pemerintahan PH harga kelapa sawit meningkat. Kita semua kena peka, maklum. Jangan mengelabah terutama bagi pemimpin pembangkang atau kerajaan (memahami kenyataan itu).

“Kita kena bersyukur bahawa kerajaan buat terbaik untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya pada sidang media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Belokok, dekat sini.

Sahruddin berkata, isu itu sengaja diputar belit pembangkang, sedangkan memang sebagai orang Islam kena bersyukur seperti dalam al-Quran juga menyebut supaya semua bersyukur dan Allah akan menambah nikmat. -Bharian