KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen bagi setiap kilowatt jam (kWJ) bermula 1 Julai hingga hujung tahun ini.
-Advertisement-
Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pada sidang media khas, hari ini.
-Advertisement-
Jelasnya, ia susulan persetujuan kerajaan untuk membiayai pemberian rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang membabitkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Eletrik (KWIE).-BH