Rekod tertinggi 11,618 kes Covid-19, Selangor 5,051

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 11,618 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

-Advertisement-

Dalam catatan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif jangkitan kini 867,567 kes.

Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 5,051 kes.

-Advertisement-

Diikuti Kuala Lumpur (1,749), Negeri Sembilan (1,537), Melaka (526), Kedah (504), Pahang (400), Johor (396), Sarawak (289), Sabah (286), Kelantan (236), Pulau Pinang (210), Terengganu (189), Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38) dan Perlis (3).-FMT