WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24499) ORDER BY meta_id ASC

FTA perkukuh hubungan dagang Malaysia-Turki » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

FTA perkukuh hubungan dagang Malaysia-Turki

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Turki akan berkembang lebih kukuh menerusi perluasan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kedua-dua kerajaan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

-Advertisement-

MITI menjelaskan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan pentingnya usaha mempertingkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan sedia ada di antara Malaysia dengan Turki, termasuk menerusi Malaysia-Turki FTA (MTFTA).

“Presiden Turki berkata potensi penuh jumlah perdagangan di antara Malaysia dengan Turki masih belum direalisasikan. Beliau turut mengatakan perlunya kedua-dua negara bekerjasama rapat untuk melonjakkan jumlah dagangan sedia ada,” kata MITI dalam kenyataan, semalam.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Erdogan di Kompleks Presiden, semalam.

Edorgan diiringi Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank serta Duta Turki ke Malaysia, Merve Safa Kavakçı.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menekankan komitmen Malaysia untuk membolehkan import dari Turki mengakses pasaran Malaysia.

Kata kementerian itu, beliau juga mengatakan perluasan FTA sedia ada penting untuk memudahkan dan meningkatkan eksport Turki ke Malaysia.

Mohamed Azmin menjelaskan, dalam mengukuhkan mandat berkaitan perdagangan, pemeteraian Deklarasi Bersama mengenai Perluasan MTFTA, menandakan komitmen untuk terus menerajui liberalisasi progresif apabila bentuk dasar perlindungan baharu dilaksanakan.

-Advertisement-

Malaysia dan Turki menandatangani deklarasi berkenaan pada Selasa untuk memperkukuh mandat dalam meneruskan perluasan perjanjian berkenaan yang merangkumi aspek perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.

Dalam aspek pertahanan pula, kedua-dua pihak pada bersetuju meningkatkan inisiatif kerjasama bagi manfaat bersama yang akan mendorong kemajuan teknologi di Malaysia dan Turki.

“Presiden Turki juga mengatakan terdapat 14 Memorandum Persefahaman (MoU) dalam sektor pertahanan, yang ketika ini sedang dilaksanakan.

“Beliau berkata merealisasikan semua MoU ini adalah amat penting untuk memastikan kedua-dua negara meraih manfaat daripada pengaturan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak bersetuju pengaturan perdagangan utama seperti perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) boleh berfungsi sebagai alat pelengkap untuk syarikat Turki melabur dan beroperasi di Malaysia. Kedua-dua negara juga akan memperoleh manfaat daripada keutamaan yang diberikan dalam perjanjian itu apabila mengeksport ke ASEAN, Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand.

MITI menjelaskan, Malaysia dan Turki juga sepakat mengadakan mesyuarat khusus dalam tempoh terdekat antara pegawai berkaitan bagi membincangkan secara lebih teliti mengenai perjanjian timbal balik mata wang dua hala. “Presiden dan Menteri Kanan juga mengatakan terdapat mesyuarat antara bank pusat kedua-dua negara pada 30 Jun, 2021 mengenai perkara ini dan menzahirkan harapan bagi kemajuannya,” kata MITI lagi. Selain itu, Presiden Erdogan menyampaikan solidariti Turki bersama-sama dengan Malaysia dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

“Beliau turut menunjukkan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mencapai pengaturan pengiktirafan bersama ke atas vaksin,” kata kementerian itu. Pertemuan itu berakhir dengan nada positif apabila Edorgan dan Mohamed Azmin mengulangi keyakinan mereka Malaysia dan Turki akan terus memupuk dan memperkukuh lagi hubungan ekonomi, perdagangan serta pelaburan dua hala.-BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC