19,740 jangkitan COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut dengan 19,631 kes baharu dilaporkan hari ini, berbanding 19,740 pesakit baharu semalam.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 1,444,270 kes.

Mengenai pertambahan kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata, hanya Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes, manakala Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes baharu iaitu sebanyak 5,753 kes.

“Turut mencatatkan kes baharu ialah Sabah dengan 2,103 kes, Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268) dan Perak (1,101).

-Advertisement-

“Selain itu ialah Sarawak dengan 835 kes baharu, Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Berita lanjut menyusul -BH