Kes baharu COVID-19 kembali lepasi 20,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali melepasi 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,593,602 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,645 kes.

Sabah merekodkan 3,376 kes, manakala Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

-Advertisement-

“Selain itu Pahang dengan 521 kes baharu, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (empat),” katanya menerusi Facebook hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373