KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan positif COVID-19 hari ini.
-Advertisement-
Dalam hantaran menerusi Facebook pagi ini, Muhyiddin berkata beliau disahkan positif selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.
-Advertisement-
Justeru, katanya, sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat dinasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.
“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
-BH