Tentera Nigeria bunuh 13 militan Boko Haram

Estimate Reading Time: < 1 minute

ABUJA- Sekurang-kurangnya 13 militan Boko Haram terbunuh apabila tentera melancarkan serangan bagi memerangi kumpulan pengganas di negeri Borno di timur laut Nigeria pada Jumaat.

-Advertisement-

Menurut laporan agensi berita Xinhua, serangan Boko Haram berjaya dipatahkan tentera Nigeria dan pasukan Chadian di Pulau Duguri di Borno pada Khamis, menurut jurucakap tentera di wilayah timur laut negara itu Aminu Iliyasu.

Empat tentera turut cedera dalam pertempuran itu, katanya.

-Advertisement-

Iliyasu berkata tentera akan terus memerangi kumpulan pengganas Boko Haram sehingga ke akar umbi.

Boko Haram, yang melancarkan serangan di wilayah timur laut Nigeria sejak sedekad lalu, bertujuan untuk mengekalkan pengaruhnya di negeri yang paling ramai penduduk itu.- BERNAMA