Kurang dua jam, pungut 100 kilogram sampah di Pulau Jerejak

Estimate Reading Time: < 1 minute

HAMPIR 100 kilogram sampah dipungut dalam masa kurang dua jam menerusi satu program di Pulau Jerejak di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

-Advertisement-

Kebanyakan sampah termasuk adalah botol plastik, kaca, pelbagai plastik dan besi, yang dipungut di sekitar lingkungan satu kilometer di tepi pantai pulau berkenaan.

Aktiviti kutipan sampah dilakukan pelajar Universiti Kuala Lumpur Royal Collage of Medicine Perak (UniKL RCMP) menerusi program Kembara Alam: Eksplorasi Pulau Jerejak membabitkan 35 pelajar, tiga pensyarah pengiring dan lima jurupandu.

Pengarah Projek Kelab Kembara, Nursyazani Mohd Zanuri, berkata aktiviti membersihkan bertujuan memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar, tetapi juga bagi menjaga kestabilan ekosistem.

“Selain beriadah dan bersantai, aktiviti seperti memberi kesejahteraan mental dan mengurangkan tekanan dalam urusan seharian.

-Advertisement-

“Semua sampah dipungut dikumpulkan sebelum dibawa menaiki bot bagi dibuang di rumah sampah berhampiran Pantai Jerjak.

Pengasas Kelab Merendang Hikers, Mohd Firdaus Hasan, berkata turut dibawa berjalan di dalam hutan bagi melawat kesan peninggalan tempat yang dahulu digelar ‘Alcatraz Malaysia’ berikutan pernah menjadi ‘penjara’ menempatkan tahanan perang dan pesakit kusta.

“Kelab ini juga aktif menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti penanaman semula pokok bakau.

“Kami mengalu-alukan kumpulan pendaki atau daripada mana-mana badan mahupun institusi yang ingin mendapatkan khidmat jurupandu bagi aktiviti seumpamanya,” katanya.
-BeritaHarian