MADRID: Penyandang juara Liga Juara-Juara, Real Madrid mengalami kekalahan 3-1 di laman sendiri di tangan AC Milan pada peringkat kumpulan awal pagi tadi dengan penyerang Kylian Mbappe gagal mencetak gol sekali lagi.
-Advertisement-
Kapten Perancis berusia 25 tahun itu hanya meledak satu gol dalam enam perlawanan terakhirnya buat Madrid dalam semua pertandingan, termasuk tiga kekalahan buat Los Blancos.
-Advertisement-
Malick Thiaw menanduk masuk pada minit ke-12 untuk meletakkan kelab Itali itu di depan sebelum Vinicius Junior menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti buat tuan rumah pada minit ke-23.
Alvaro Morata meledak gol berdepan bekas kelabnya menyaksikan Milan kembali mendahului pada minit ke-39 sebelum Tijjani Reijnders merembat masuk gol ketiga pada minit ke-73 bagi memastikan kemenangan.