Malaysia Cadang Kembali ke Format Lama Acara Boling pada Sukan SEA 2027

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR — Malaysia bercadang untuk mengembalikan saingan acara boling kepada format tradisional pada Sukan SEA ke-34 yang dijadualkan pada 2027.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok, berkata selain kembali kepada format lama, terdapat perancangan untuk menambah jumlah acara kepada had maksimum yang dibenarkan bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai kuasa besar dalam sukan tersebut di rantau Asia Tenggara.

“Kita akan kembali kepada format lama iaitu bermain dalam enam permainan sebelum pemenang ditentukan. Jadi kita akan mengikut semula format Sukan SEA yang terdahulu dan menambah jumlah acara kepada maksimum yang dibenarkan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Pada edisi ke-33 di Thailand pada 2025, tuan rumah memperkenalkan format baharu di mana pemenang pingat ditentukan melalui sistem kalah mati satu permainan. Walaupun menghadapi format mencabar, Malaysia muncul juara keseluruhan acara boling dengan dua emas, satu perak dan empat gangsa daripada enam kategori, menewaskan juara bertahan Singapura.

-Advertisement-

Sukan SEA 2027 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 29 September, dengan acara boling

-Beritaharian