Malaysia dapat slot ACLE, ACL2

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Dua pasukan Liga Malaysia (Liga M) akan beraksi di pentas Asia untuk musim 2026/27 selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberikan dua slot bagi pentas tertinggi benua Asia itu.

Menerusi satu kemaskini membabitkan peruntukan slot untuk pertandingan kelab AFC bagi musim 2026/27, Liga M menerima satu slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Namun, Malaysia tidak mendapat sebarang slot ke Liga Cabaran Asia (ACGL) yang juga pertandingan tahap ketiga untuk benua Asia.

Ini selepas Malaysia berada pada kedudukan keenam bagi ranking Ahli Gabungan (MA) Zon Timur di belakang Jepun, Korea Selatan, Thailand, China dan Australia.

Pencapaian ini dilihat didorong oleh aksi cemerlang wakil negara khususnya Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi dalam ACLE untuk dua musim berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan juga berjaya mengesahkan slot ke pusingan 16 untuk dua musim berturut-turut sekali gus menyumbang pungutan mata yang tinggi untuk ranking MA.

-Advertisement-

Satu lagi wakil negara yang beraksi di ACL2 musim ini, Selangor FC (SFC) pula kandas di peringkat kumpulan.

Jepun yang berada pada kedudukan teratas Zon Timur mendapat tiga slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke ACL2 bagi musim 2025/26.

Empat pasukan dari Korea Selatan dan Thailand juga akan bertanding di pentas Asia membabitkan dua slot automatik ke ACLE dan satu slot menerusi ‘play-off’ serta satu slot automatik ke ACL2.

-BeritaHarian