YB Steven Sim Perkukuh Hubungan Media

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2026 (The Capital Post) – YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini menghadiri Sesi Ramah Mesra bersama Media “Jom Ngopi Dengan Steven” yang berlangsung di Seri Negara, Kuala Lumpur bagi memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan organisasi media tempatan.

Sesi santai berkonsepkan libat urus itu menjadi platform penting dalam mempererat kerjasama antara kementerian dan pengamal media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat, dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat secara berkesan dan menyeluruh.

Dalam sesi tersebut, YB Encik Steven Sim Chee Keong turut berkongsi pandangan mengenai agenda “Hebatkan Perniagaan Malaysia” yang menjadi antara fokus utama kementerian dalam memperkasa ekosistem keusahawanan dan koperasi negara.

-Advertisement-

Program berkenaan turut membuka ruang komunikasi dua hala antara YB Menteri dan pengamal media untuk bertukar pandangan, mendapatkan maklum balas serta memperkukuh kefahaman terhadap hala tuju dan inisiatif KUSKOP.

Turut hadir ialah wakil-wakil ketua editor daripada organisasi media terkemuka di Malaysia yang bersama-sama menjayakan sesi libat urus berkenaan. – The Capital Post