Tabung Solidariti Najib Capai Sasaran

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 6 November 2026 (The Capital Post) – UMNO mengumumkan kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu telah mencapai sasaran dan mencukupi bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu turut menyelesaikan semua urusan pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini.

Sehubungan itu, UMNO secara rasmi menutup akaun khas tabung berkenaan yang sebelum ini diwujudkan bagi menerima sumbangan daripada ahli parti dan orang ramai.

Dengan penutupan akaun tersebut, UMNO memaklumkan bahawa tiada lagi keperluan untuk meneruskan kutipan dana awam atau crowdfunding bagi tujuan berkenaan.

-Advertisement-

Dalam kenyataan media bertarikh 6 November 2026, Asyraf Wajdi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli UMNO di seluruh negara serta orang ramai yang telah memberikan sumbangan sejak tabung itu mula diperkenalkan.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas pencapaian sasaran kutipan dana tersebut serta menghargai sokongan berterusan semua pihak yang terlibat. – The Capital Post