Misi Perdagangan KUSKOP ke Bangkok

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGKOK, 26 Mei 2026 (The Capital Post) – YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini telah selamat tiba di Bangkok bagi mengetuai delegasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam misi perdagangan sempena program THAIFEX  Anuga Asia 2026 yang berlangsung di IMPACT Muang Thong Thani, Bangkok dari 25 hingga 29 Mei 2026.

Penyertaan misi perdagangan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan perdagangan antarabangsa, di samping membuka lebih banyak akses kepada pasaran baharu bagi produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia di peringkat global.

Selain itu, penyertaan KUSKOP dalam pameran berprestij ini turut memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk serta meningkatkan daya saing dalam pasaran eksport yang lebih luas.

-Advertisement-

Misi ini dilihat sebagai antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor keusahawanan negara serta memperluas potensi pertumbuhan PMKS di peringkat antarabangsa. – The Capital Post