SERDANG, 28 Mei 2026 (The Capital Post) – Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah dalam bidang veterinar akuatik apabila memperkenalkan kaedah pembedahan ikan berasaskan sistem anestesia kitar semula yang pertama dibangunkan di Malaysia.
Inovasi yang dikenali sebagai Fish Anesthetic Delivery System itu merupakan hasil penyelidikan berterusan selama lebih 15 tahun, bertujuan memastikan prosedur rawatan terhadap hidupan akuatik dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, efisien dan sistematik.
-Advertisement-
Pembangunan sistem berkenaan dijangka membuka dimensi baharu dalam rawatan kesihatan ikan, sekali gus memperkukuh keupayaan negara dalam sektor akuakultur, keselamatan makanan serta industri perikanan.
UPM dalam masa yang sama menegaskan komitmennya untuk terus memperkasa penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja memajukan bidang veterinar, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada industri dan masyarakat. – The Capital Post