PUTRAJAYA, 28 Mei 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa pemilik kenderaan syarikat yang mendapati kuota diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) tidak mencukupi untuk menampung operasi harian kini boleh mengemukakan permohonan rayuan pertambahan kuota.
Langkah ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan kelangsungan operasi sektor logistik dan pengangkutan yang bergantung kepada subsidi diesel, tertakluk kepada justifikasi yang ditetapkan.
Permohonan rayuan akan diteliti oleh Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Petroleum (JKSP) sebelum sebarang keputusan dibuat berdasarkan keperluan semasa dan kelayakan pemohon.
-Advertisement-
KPDN turut menasihatkan pemohon untuk mengemukakan rayuan melalui portal rasmi di MySubsidi KPDN atau mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran yang disediakan.
Inisiatif ini diharap dapat membantu memastikan agihan subsidi lebih bersasar serta menyokong kelancaran operasi industri berkaitan di seluruh negara. -The Capital Post