Malaysia Perkukuh Hubungan Strategik Dengan Australia

Estimate Reading Time: < 1 minute

CANBERRA 3 Julai 2026, (The Capital Post) – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi lawatan kerja delegasi Malaysia ke Parliament House di Canberra yang menerima sambutan rasmi daripada Speaker of the House of Representatives, The Hon. Milton Dick MP.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, selain membuka ruang untuk memperluaskan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat bersama.

Lawatan berkenaan turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Australia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama yang lebih erat, sejajar dengan kepentingan bersama dalam aspek diplomatik, ekonomi dan pembangunan serantau.

-Advertisement-

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datin Paduka Sharrina Abdullah, yang bersama-sama mengiringi sesi lawatan rasmi tersebut. – The Capital Post