PUTRAJAYA 30 Julai 2026, (The Capital Post) – Penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini memasuki fasa terakhir dengan penerima yang layak disaran menyemak kadar bayaran STR Fasa 4 mengikut kategori masing-masing.
Kerajaan turut mengingatkan orang ramai yang masih belum mengemukakan permohonan baharu atau ingin membuat rayuan agar berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada 30 September 2026 bagi memastikan kelayakan mereka dapat dipertimbangkan.
-Advertisement-
Semakan status, permohonan baharu serta rayuan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi STR yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat semakan di portal rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my – The Capital Post