CHENNAH, 1 Ogos 2026 (The Capital Post) – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dilaporkan tewas kepada calon Barisan Nasional (BN),Siow Kong Choon, dalam persaingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat ini.
Pertembungan di Chennah menjadi antara yang paling mendapat perhatian pada Pilihan Raya Negeri kali ini susulan penyertaan Anthony Loke, yang juga antara pemimpin kanan Pakatan Harapan. Sekiranya keputusan tidak rasmi itu kekal sehingga pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bakal menjadi antara kejutan terbesar pilihan raya kali ini.
-Advertisement-
The Capital Post akan mengemas kini laporan ini sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan. – The Capital Post.