PORT DICKSON, 1 Ogos 2026 (The Capital Post) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Harun, dilaporkan tewas dalam saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat ini.
Keputusan Undi Tidak Rasmi Linggi setakat 8.20pm
BN – Faizal Ramli – 7,729
PH – Aminnuddin MB – 5,746
Bersatu – 384
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, dilaporkan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan, manakala calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said, turut tewas.
-Advertisement-
Jika keputusan tidak rasmi ini antara kejutan terbesar Pilihan Raya Negeri, Negeri Sembilan kali ini apabila seorang Menteri Besar gagal merampas kerusi yang selama ini menjadi kubu BN.
Pertembungan di Linggi menjadi antara fokus utama sepanjang kempen berikutan keputusan Aminuddin meninggalkan kerusi yang disandang sebelum ini untuk mencabar penyandang BN di kawasan berkenaan. Tumpuan kini terarah kepada pengumuman rasmi SPR bagi mengesahkan keputusan tersebut. – The Capital Post.