PUTRAJAYA 3 Ogos 2026, (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan sesi Clock In bagi menyambut pelantikan Datin Safida Zalma Mohd Piah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) yang berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.
Majlis tersebut menjadi simbolik kepada permulaan tugas beliau dalam menerajui aspek perancangan strategik dan pembudayaan sains di kementerian, sejajar dengan usaha memperkukuh pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara.
Warga MOSTI turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Datin Safida Zalma atas pelantikan tersebut serta menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dalam memperkasakan agenda perancangan dan pembudayaan sains secara inklusif, mampan dan berimpak tinggi.
-Advertisement-
Pelantikan itu dijangka menyokong usaha kementerian memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif yang mampu meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
MOSTI turut berharap kepimpinan baharu ini dapat meneruskan aspirasi kementerian dalam memacu pembangunan negara berteraskan sains, teknologi dan inovasi demi manfaat rakyat serta kemajuan negara. – The Capital Post