KUALA LUMPUR 4 Ogos 2026, (The Capital Post) – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucaptama sempena pembukaan U.S. Pacific Command International Military Law and Operations Conference (MILOPS) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan anjuran U.S. Pacific Command (USPACOM) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menghimpunkan lebih 300 pemimpin ketenteraan, pakar undang-undang ketenteraan, pembuat dasar serta ahli akademik dari lebih 30 negara dan organisasi antarabangsa.
MILOPS 2026 yang bertemakan “From the Seabed to Space: Advancing Security, Freedom, and Prosperity for All Across the Indo-Pacific” menjadi medan perbincangan mengenai aspek undang-undang ketenteraan, operasi keselamatan serta cabaran strategik yang dihadapi rantau Indo-Pasifik.
Dalam ucaptamanya, Menteri Pertahanan menegaskan bahawa dialog dan kerjasama pelbagai hala merupakan pendekatan penting dalam memastikan keamanan serta kestabilan serantau terus terpelihara.
-Advertisement-
Beliau turut menekankan kepentingan peranan ASEAN dalam mewujudkan rantau yang aman dan bersatu, selain menegaskan pendirian Malaysia bahawa Asia Tenggara perlu terus dikekalkan sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Penganjuran MILOPS 2026 mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan pertahanan antarabangsa menerusi perkongsian pandangan, pertukaran amalan terbaik serta kerjasama strategik bagi menangani cabaran keselamatan masa kini dan masa hadapan. – The Capital Post