SABAK BERNAM 16 Ogos 2026 (The Capital Post) – Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninggal dunia selepas tudung dipakainya dipercayai terbelit pada ‘roller gate’ di Kunci Air Grand Sabak Hotel, petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 3.35 petang sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam digerakkan ke lokasi.
Menurut beliau, pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan dan menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa, seorang wanita berusia 56 tahun, ditemukan terbaring di atas ‘gate’ kunci air tersebut.
-Advertisement-
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.
Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan serta siasatan lanjut berhubung kejadian. – The Capital Post