KPK Perkukuh Sokongan Terhadap Industri Sarung Tangan Getah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena penganjuran 12th International Rubber Glove Conference and Exhibition (IRGCE 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan KPK dalam menyokong pembangunan serta pengukuhan industri sarung tangan getah negara, selain mempererat hubungan strategik antara kerajaan, pemain industri dan pelbagai pihak berkepentingan.

Bertemakan “Menyinergikan Inovasi: Mendefinisikan Semula Masa Hadapan Ekosistem Sarung Tangan Getah”, IRGCE 2026 menjadi platform bagi membincangkan perkembangan terkini industri, inovasi, teknologi pembuatan pintar, kelestarian, akses pasaran serta pembangunan bakat.

Penganjuran acara berkenaan turut menyediakan ruang kepada pemain industri tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi pandangan serta meneroka peluang kerjasama dalam menghadapi perkembangan dan cabaran sektor sarung tangan getah global.

-Advertisement-

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tuan Sim Tze Tzin, selain wakil industri serta delegasi antarabangsa yang menyokong usaha memperkukuh ekosistem industri sarung tangan getah.

Kehadiran KPK dalam acara berkenaan diharap dapat terus memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan dan industri dalam memacu inovasi, daya saing serta pertumbuhan mampan sektor sarung tangan getah negara. – The Capital Post