Wanita Maut Ditikam Suami Akibat Cemburu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KULIM 15 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim Hi-Tech, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Beliau berkata suspek kemudian hadir menyerah diri di Balai Polis Lunas, sebelum polis merampas sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah selepas dipercayai ditikam sebanyak 13 kali pada beberapa bahagian badan. Suspek turut mengaku melakukan tikaman berkenaan, dengan tujuh tikaman pada dada, lima pada perut dan satu di rusuk kanan.

-Advertisement-

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini meneruskan siasatan di lokasi kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya – The Capital Post