KSU KKR Perkukuh Peranan Sektor Pakar JKR Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 30 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, mengadakan kunjungan strategik ke Sektor Pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bagi memperkukuh peranan kepakaran teknikal dan profesional dalam pembangunan infrastruktur negara.

Kunjungan yang berlangsung di Ibu Pejabat JKR Malaysia itu melibatkan Cawangan Arkitek serta Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.

Sesi berkenaan menjadi platform untuk mempererat hubungan kerja antara KKR dengan JKR Malaysia, di samping meningkatkan pemahaman mengenai fungsi dan tanggungjawab sektor pakar serta perkembangan semasa bidang teknikal dan profesional di jabatan tersebut.

Sepanjang kunjungan, Dato’ Seri Azman turut menerima taklimat dan pembentangan berkaitan peranan, fungsi serta inisiatif yang dilaksanakan oleh Cawangan Arkitek dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.

-Advertisement-

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim; Pengarah Kanan Cawangan Arkitek JKR Malaysia, Ar. Hjh. Sharina Intan binti Abdullah; serta Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan JKR Malaysia, Sr. Rogayah binti Yunus, bersama pegawai kanan KKR dan JKR Malaysia.

Kunjungan strategik itu mencerminkan usaha berterusan kedua-dua agensi dalam memperkasakan kepakaran teknikal dan profesional bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan projek infrastruktur negara memenuhi standard kualiti, mempunyai daya tahan dan menepati keperluan semasa – The Capital Post