KUALA LUMPUR 5 Oktober 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, menghadiri RIUH Pitstop yang berlangsung di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, semalam.
RIUH Pitstop yang dianjurkan Kementerian Komunikasi menerusi Kumpulan MyCreative Ventures (MyCV) menyediakan platform kepada usahawan, penggiat seni dan bakat tempatan untuk mengetengahkan kreativiti serta mengembangkan potensi dalam bidang masing-masing.
Program tersebut turut membuka ruang kepada peserta memperluas jaringan profesional selain memperkukuh hubungan dan komuniti dalam ekosistem kreatif tempatan.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd Tamil; Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif MyCV, Zainol Haqim Zainol Rashid serta Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin.
-Advertisement-
RIUH Pitstop berlangsung selama dua hari, iaitu dari 3 hingga 4 Oktober 2026 di Raintree Plaza, TRX, sebagai antara platform yang menghimpunkan pelbagai bakat, usahawan dan penggiat kreatif tempatan.
Penganjuran program tersebut memberi ruang kepada komuniti kreatif untuk memperkenalkan hasil karya, membina jaringan serta meneroka peluang baharu dalam industri kreatif – The Capital Post