KPKM Raikan Deepavali, Perkukuh Perpaduan

Estimate Reading Time: < 1 minute

Putrajaya, 29 Oktober 2026 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warganya menerusi penganjuran Majlis Sambutan Deepavali KPKM Tahun 2026 yang berlangsung di Lobi KPKM, Putrajaya, pada 28 Oktober 2026.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham bin Ishak, dengan penyertaan warga kementerian daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Penganjuran sambutan ini mencerminkan komitmen KPKM dalam memupuk semangat kebersamaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam persekitaran kerja yang harmoni dan inklusif.

Selain meraikan perayaan Deepavali, majlis berkenaan turut menjadi platform untuk menyemai nilai saling menghormati serta meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

-Advertisement-

Semangat perpaduan yang diterapkan melalui sambutan seumpama ini penting dalam membina hubungan yang erat antara warga kementerian, sekali gus menyokong pembentukan suasana kerja yang positif dan saling menghargai.

KPKM turut menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya, dengan harapan agar perayaan cahaya itu membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh masyarakat. – The Capital Post