MELAKA, 31 Oktober 2026 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan lawatan kerja ke Ballroom Stadium Hang Jebat, Persiaran Kompleks Hang Jebat, Taman Paya Rumput, Melaka, bagi meninjau kelancaran urusan Hari Penamaan Calon (HPC) sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-16.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun bersama pegawai-pegawai daripada Pejabat Pengurusan SPR.
Tinjauan berkenaan bertujuan melihat pelaksanaan urusan Hari Penamaan Calon yang dikendalikan oleh warga SPR, melibatkan pegawai dan petugas dari Ibu Pejabat SPR serta Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka.
-Advertisement-
Lawatan kerja ini turut mencerminkan usaha SPR dalam memastikan urusan Hari Penamaan Calon dilaksanakan dengan lancar melalui penyelarasan dan penglibatan petugas yang terlibat. – The Capital Post