Belanjawan 2027 Perkasa Pendapatan Pekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 2 November 2026 – Kerajaan meneruskan usaha memperkukuh pendapatan dan kebajikan pekerja menerusi beberapa inisiatif di bawah Belanjawan 2027, termasuk kenaikan kadar gaji minimum, penetapan gaji permulaan bagi graduan dan pekerja separa mahir serta penambahbaikan jaringan keselamatan sosial untuk pekerja ekonomi gig.

Menerusi langkah tersebut, kadar gaji minimum ditetapkan sebanyak RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027. Bagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberi ruang kepada kumpulan perniagaan berkenaan menyesuaikan model operasi masing-masing.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan kadar gaji permulaan sebanyak RM2,500 bagi graduan dan pekerja separa mahir sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pendapatan golongan pekerja.

-Advertisement-

Dalam masa sama, jaringan keselamatan dan sokongan pendapatan untuk pemandu e-hailing serta penghantar p-hailing akan dipertingkat bagi memastikan kebajikan pekerja dalam sektor ekonomi gig terus diberi perhatian.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan dan inisiatif yang layak diterima boleh melayari portal rasmi manfaat.mof.gov.my. – The Capital Post