BANGKOK: Seorang juruterbang pesawat udara tentera Thailand terbunuh, selepas jet pejuang yang dipandunya terjunam lalu terbakar dalam satu pertunjukan udara di selatan Hat Yai, pagi tadi.
-Advertisement-
Rakaman kemalangan menunjukkan orang ramai menjerit kerana terkejut melihat pesawat terbabit menjunam lalu terhempas berhampiran landasan kapal terbang, hingga mengeluarkan api dan kepulan asap tebal.
-Advertisement-
“Seorang juruterbang terbunuh dalam kemalangan pagi ini,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral, Kongcheep Tantravanich kepada AFP.
Punca nahas masih dalam siasatan. – BHarian