PUTRAJAYA 15 Julai 2026 (The Capital Post) – Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil. 15/2026 yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, barisan pengurusan tertinggi KBS serta wakil daripada pelbagai agensi dan badan sukan negara.
Perbincangan memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh pembangunan sukan negara melalui kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan agenda sukan dapat diperkasakan secara berterusan.
-Advertisement-
KBS menegaskan komitmen untuk mempertingkat ekosistem sukan negara dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi serta meningkatkan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa – The Capital Post