KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam istiadat sambutan rasmi sempena Lawatan Negara Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam, di Istana Negara.
Anwar turut menyertai Seri Paduka Baginda dalam pertemuan bersama Presiden Tharman dan delegasi Singapura sebelum Majlis Jamuan Negara yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, lawatan tersebut mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Singapura serta komitmen kedua-dua negara untuk terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama.
-Advertisement-
Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Anwar Ibrahim, beliau berharap hubungan istimewa antara Malaysia dan Singapura akan terus diperkukuh bagi memacu kemakmuran rakyat dan kedua-dua negara. – The Capital Post.