Agong titahkan ketua gabungan PH, PN menghadap jam 4.30 petang ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Nov 2022 (The Capital Post): Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kedua-dua ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadap baginda di Istana Negara, di sini, jam 4.30 petang ini.

-Advertisement-

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keputusan itu dibuat selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Baginda turut meminta supaya rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu serta pencalonan Perdana Menteri ke-10 selesai.

Berita lanjut menyusul

-Advertisement-

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279