WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32859) ORDER BY meta_id ASC

Ahli Kabinet perlu berjiwa besar demi rakyat, kestabilan negara » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ahli Kabinet perlu berjiwa besar demi rakyat, kestabilan negara

Estimate Reading Time: 3 minutes

PETALING JAYA, 14 DEC 2022 (The Capital Post) : Pada asasnya ‘Kabinet Perpaduan’ yang dibentuk atas landasan Kerajaan Perpaduan kini lengkap selepas 27 timbalan menteri dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

-Advertisement-

Kabinet baharu ini lambang kekuatan permuafakatan dan persefahaman antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama selepas melalui proses perundingan serta tawar-menawar yang cukup terperinci.

Senarai ahli Kabinet diumumkan Perdana Menteri dilihat mengambil kira pelbagai faktor intrinsik dan ekstrinsik individu khususnya dari segi personaliti, pendidikan, kerjaya, kepakaran serta pengalaman.

Setiap ahli Kabinet disenaraikan sudah pasti mempunyai keupayaan, kelebihan dan keistimewaan tersendiri, selain perkiraan kedudukan dan jawatan dalam parti politik masing-masing mengikut kewajaran Perdana Menteri serta pemimpin parti komponen.

Di samping itu, pembahagian jawatan Kabinet dilihat mengambil kira kedudukan kerusi Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat. Senarai ahli Kabinet ini memberikan tindak balas langsung terhadap penyatuan politik bersasar dalam konteks menerima dan meraikan kepelbagaian dasar serta ideologi parti.

Ironinya, semua barisan Kabinet ini wajib membuktikan mereka mampu untuk mencapai perpaduan erat tanpa mengira perbezaan perjuangan politik dan dasar parti masing-masing.

Sebelum ini rakyat senantiasa diseru untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, tetapi kali ini pemimpin utama negara perlu menjadi teladan kepada seluruh rakyat mereka mampu bersatu padu dengan kukuh atas landasan Kerajaan Perpaduan dan merealisasikan kestabilan politik berterusan.

Maka, jangan jadikan Kerajaan Perpaduan ini sebagai ‘Kerajaan Terima Kasih’ sebagai membalas budi dan jasa pihak berkepentingan yang menyokong pembentukan kerajaan.

Seperti mana dimaklumkan Anwar sebelum ini, dua jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan masing-masing satu untuk Semenanjung dan satu lagi untuk Sarawak dan Sabah.

Namun, apa yang menjadi kejutan besar ialah pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjawat jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Namun, Anwar sudah menjelaskan alasan mengapa beliau melantik Presiden UMNO itu ke jawatan nombor dua kerajaan.

Beri barisan Kabinet peluang

Pelantikan ahli Kabinet lain tidak banyak dipertikaikan memandangkan wujud kombinasi mantap antara muka lama dengan baharu. Orang lama dalam Kabinet ini berpengalaman secara kolektif untuk memandu dan membantu orang baharu dalam usaha mewujudkan tadbir urus efektif serta menjamin kelicinan pentadbiran bakal dilaksanakan.

Justeru, rakyat perlu memberikan peluang kepada barisan Kabinet baharu ini untuk membuktikan keupayaan mereka membawa reformasi terhadap kementerian masing-masing ke arah penambahbaikan segala komponen kurang efektif sebelum ini.

Apa yang menjadi sebutan juga ialah kenapa Anwar turut menjawat Menteri Kewangan yang mana sebelum ini pernah diusulkan supaya Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio kewangan bagi memastikan sistem semak dan imbang berjalan lancar, tidak ada bias dalam proses pembuatan keputusan serta mengelak kes penyelewengan dana awam tidak berulang.

-Advertisement-

Selain itu juga, pelantikan calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi menteri dan timbalan menteri turut menimbulkan kemusykilan umum. Walaupun apa pun keputusannya, ia pasti sudah dirunding antara Anwar dengan pemimpin utama parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Apa yang pasti, semua ahli Kabinet diberikan amanah besar memikul tanggungjawab sebagai menteri dan timbalan menteri perlu mempunyai ‘jiwa’ dan ‘menjiwai’ aspirasi perpaduan itu. Dalam konteks ini semua menteri dan timbalan menteri perlu mempunyai jiwa besar sebagai pemegang amanah untuk mengembalikan kegemilangan negara.

Seperti ditegaskan Anwar, beliau tidak mahu ahli keluarga dan kaum kerabatnya diberikan sebarang bentuk projek, tidak mahu mengambil gaji Perdana Menteri, mengambil langkah berjimat cermat, tidak menukar permaidani atau perabot baharu di pejabat dan tidak menggunakan kereta mewah kerajaan.

Jemaah Menteri perlu berjiwa rakyat

Ahli Kabinet pun perlu berjiwa besar menyahut gagasan Perdana Menteri khususnya perlu bersetuju dengan cadangan pemotongan 20 peratus gaji setiap menteri.

Jemaah Menteri perlu berjiwa rakyat, memahami apakah perlu diberikan keutamaan dalam membela nasib rakyat, menjadi menteri dan timbalan menteri untuk seluruh rakyat dan bukannya menjadi penyokong Kerajaan Perpaduan sahaja.

Dengan itu, menteri dan timbalan menteri perlu memperjuangkan nasib rakyat keseluruhan tanpa mengira perbezaan fahaman politik mahupun musuh politik mereka sebelum ini.

Selain itu, anggota Kabinet juga perlu ‘menjiwai’ portfolio kementerian masing-masing. merangka dasar dan menentukan hala tuju jelas dengan membawa menambah baik semua aspek menjadi kelompangan sebelum ini.

Dasar sedia ada, prosedur operasi standard (SOP), kerenah birokasi perlu diteliti semula secara menyeluruh demi meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan setiap kementerian masing. Apa yang lebih penting mereka perlu bekerja untuk rakyat, membela nasib rakyat, memartabatkan negara dan menjamin kestabilan politik holistik.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC