WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31180) ORDER BY meta_id ASC

Ahli PAS, UMNO mahu parti bersatu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ahli PAS, UMNO mahu parti bersatu

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, menyatakan ahli UMNO dan PAS mahukan penyatuan dan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

-Advertisement-

Mengambil contoh kehendak ahli parti di Arau dan Wilayah Persekutuan, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ahli kedua-dua parti itu sentiasa inginkan perpaduan terjalin antara PAS dan UMNO.

Katanya, sejak beliau menjadi ahli politik, PAS, UMNO sentiasa menjadi ‘musuh’ dalam arena politik dan apabila berlakunya penyatuan melalui Muafakat Nasional (MN), ia menjadi satu perkara yang menggembirakan ahli.

“Saya ambil contoh kehendak rakyat di Arau dan Wilayah Persekutuan kerana saya Menteri Wilayah Persekutuan. Mereka suka dan mahukan penyatuan ini.

“Ketika ini, kita masih tiada keputusan untuk teruskan kerjasama atau tidak. Cakap-cakap itu ada tapi keputusan rasmi masih belum ada.

“Namun, ahli memang mengharapkan adanya penyatuan perpaduan kedua-dua parti ini,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan seorang pemimpin PAS, wujud rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan PAS untuk parti bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Shahidan berkata, beliau tidak dapat memastikan perkara itu.

“Kalau rundingan, saya tidak tahu. Tetapi, percakapan terbuka dalam kalangan ahli politik mengenai kepentingan kedua-dua parti ini bersepadu, memang berlaku,” katanya.

-Advertisement-

Terdahulu, media melaporkan, seorang pemimpin PAS mendakwa wujud rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan PAS menyentuh keperluan satu lawan satu di antara mereka dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata partinya mahu UMNO tahu bahawa musuh utama pada PRU-15 kelak adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya BERSATU.

Hashim juga dilaporkan berkata, ahli UMNO mahukan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali, namun mendakwa ia ditolak pemimpin tertentu UMNO.

Sementara itu, Shahidan turut mengecam tindakan beberapa ahli UMNO yang dikatakan melemparkan tuduhan liar serta tidak berasas terhadap Naib Presiden UMNO, yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tindakan mereka itu adalah perkara yang tidak bagus untuk parti terutamanya ketika ingin menghadapi PRU.

“Macam mana ‘poster boy’ dimaki macam itu? Ini satu perbuatan tidak betul, namun tiada tindakan terhadap mereka,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC