Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar, yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

-Advertisement-

Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan, fenomena itu berlaku disebabkan pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Dalam laman Facebook, PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran supaya peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai,” katanya.

-Advertisement-

Maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/.

– BERNAMA -BH